Monday 3 October 2016

Panduan Bisnes Printing Secara Online

Bisnes printing atau cetakan antara bisnes yang boleh dijalankan dari rumah secara online. Maka anda tak perlu keluarkan kos untuk sewa kedai, Macam mana nak jalankan dari rumah? Ini yang saya nak terangkan kepada anda semua.

Panduan Bisnes Printing Secara Online

Mungkin anda sudah lali dengan perkataan buat duit dari rumah dan masih tercari-cari yang manakah paling sesuai. Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Bisnes printing atau percetakan bukannya bisnes baru di Malaysia ini, Malah bisnes ini telah bertapak lama di negara kita. Namun bukan semua boleh memulakannya disebabkan oleh kekangan modal. Itu cerita dahulu, modal menjadi punca utama mematahkan semangat mereka yang nak mulakan bisnes printing.

Sedar atau tidak, bisnes printing sudah menjadi semakin moden ke arah yang lebih mudah dan fleksibel. Kini anda tidak memerlukan modal yang besar apatah lagi untuk menyewa kedai dan sebagainya. Lokasi perniagaan cukup sahaja di rumah anda di depan laptop dengan talian internet. 

Realitinya anda tidak memerlukan mesin, pejabat, pekerja dan modal yang besar. Nampak tidak tahap kesukaran dalam bisnes printing sudah menjadi minima. Maka peluang untuk anda menjalankan bisnes printing semakin luas.

Potensi Bisnes Printing dan Percetakan.

Bisnes printing membawa maksud perniagaan yang menjalankan khidmat percetakan untuk produk atau item tertentu seperti business card, flyer, brochure, leaflet, bunting, banner dan banyak lagi. Saya pasti anda pernah melihat produk atau item-item ini diluar sana. 

Tahukah anda business card, flyer dan bunting itu mampu jadi sumber pendapatan anda. Jika bukan pendapatan utama, mungkin boleh menjadi pendapatan kedua kepada anda. Jadi bayangkan potensi besar yang anda ada untuk memulakan bisnes printing. 

Buat Duit Dengan Bisnes Printing Secara Online.

Kini bisnes printing boleh dilakukan dari meja makan rumah anda. Anda tidak perlu berjumpa pembekal dan pelanggan anda. Semuanya boleh dilakukan secara online. Anda cuma memerlukan kemahiran menggunakan software-software seperti Adobe Illustrator untuk menghasilkan design yang anda ingin jual kepada pelanggan anda. 

Jika anda benar-benar berminat untuk memulakan perniagaan bisnes printing secara online, proses pembelajaran menggunakan aplikasi design juga akan menjadi mudah kerana minat anda. Jadi untuk permulaan, saya amat menggalakan anda untuk menjalankan bisnes printing dari rumah. Keuntungannya sangat lumayan jika anda benar-benar melakukannya. 

Semoga Berjaya !

Apa Itu Vektor Dan Raster?

Eyy yoo people! Post kali ni saya nak cerita sikit apa itu design vektor dan apa itu design raster. 
Ok, secara umumnya, software atau program aplikasi design grafik membezakan design berdasarkan dua kategori utama. Iaitu gambar design vektor dan gambar design raster. Design raster juga biasa disebut sebagai bitmap. Supaya lebih jelas, saya akan beri sedikit penjelasan mengenai kedua design gambar tersebut berserta perbezaan antara kedua-duanya.

Apa Itu Vektor?

Gambar vektor adalah format file grafik berdasarkan ekspresi matematik yang terdiri dari titik (point), garis (line), dan bentuk (shape).


Gambar vektor juga mempunyai istilah yang biasa disebut dengan point. Maksudnya point adalah setiap titik (node) yang saling dihubungkan untuk membuat bentuk-bentuk tertentu. Point tersebut boleh ditambahkan, dihapus, atau dipindahkan jalur garisnya untuk membuat bentuk-bentuk tertentu mengikut keinginan anda.


Gambar vektor tidak akan blur atau pecah ketika diperbesarkan. Ukuran aslinya akan tetap terjaga tanpa ada penurunan kualiti sedikitpun. 


Apa Itu Bitmap?


Gambar bitmap atau disebut juga sebagai gambar raster adalah jenis file gambar yang disusun oleh grid pixel atau titik warna. Ukuran gambar bitmap dapat dikurangi (dikecilkan) tanpa kehilangan kualitinya, Namun gambar bitmap atau raster akan kehilangan kualitinya jika ukurannya meningkat melampaui dimensi aslinya (jika diperbesar maka gambar akan terlihat blur atau pecah).


Perbezaan Antara Design Raster dan Design Vektor.


Setelah mengetahui apa itu design raster dan design vektor, maka selanjutnya saya akan cerita tentang perbezaan antara keduanya. 

Raster (Bitmap)

Gambar bitmap disusun oleh objek yang disebut pixel, Kerapatan ribuan hingga jutaan kotak-kotak warna (pixel) yang tersusun hingga membentuk sebuah gambar tersebut dinamakan resolution.

Gambar bitmap memang tidak akan pecah jika ukurannya diperkecil, namun akan terlihat blur dan pecah jika ukurannya semakin diperbesar dari ukuran aslinya.

Format file gambar bitmap:

1. PSD (PhotoShop Document)
2. TIFF (Tagged Image File Format)
3. JPEG (Joint Photographic Expert Group)
4. PDF (Portable Document Format)
5. GIF (Graphic Interchange Format)
6. PNG (Portable Network Graphics)
7. RAW (Right Angle Weave)


Vektor

Gambar vektor memungkinkan pengguna untuk menjaga kualiti design mereka di berbagai format dan resolusi. Dalam file vektor, masing-masing titik, garis, dan bentuk diciptakan sepenuhnya secara terukur. Gambar vektor tidak akan blur atau pecah, baik ketika diperkecil ataupun diperbesar, ukuran dan kualitinya akan tetap terjaga dengan baik.

Dalam design grafik, vektor biasa digunakan untuk membuat:

1. Logo
2. Icon
3. Illustrasi
4. Infografik
5. Font
6. Pattern
7. Element pada halaman website
8. Kartun nama, brosur, poster dan sebagainya.

Gambar vektor sangat tepat digunakan untuk media cetak (print), kerana kualiti warna di layar komputer akan tetap sama ketika dicetak dengan printer.


Software yang biasa digunakan untuk design vektor adalah:

  • AI (Adobe Illustrator)
  • CorelDraw
  • Inkscape
  • Sketch
  • Affinity
Format file gambar vektor:
  • AI (Adobe Illustrator)
  • EPS (Encapsulated PostScript)
  • SVG (Scalable Vector Graphics)
  • DXF (Drawing eXchange Format)








Sunday 2 October 2016

7 Fakta Tentang 3D Printer


Salam semua, kali ni saya nak cerita sikit tentang fakta 3D Printer. 3D Printer adalah alat cetak dalam bentuk tiga dimensi, dimana percetakan 3D ini akan menjadi salah satu trend teknologi dimasa depan. Dan cara kerjanya hampir sama dengan kita mencetak di printer 2D namun hanya sisi design yang berbeza. Berikut adalah 7 fakta tentang 3D Printer.

1. Sukar untuk percaya tapi pembuatan 3D printer dimulai pada tahun 1980-an.
Ini dimulakan dengan teknologi sterolithography pada tahun 1984, teknologi yang menggunakan laser UV untuk memperkuat photopolymer untuk penciptaan bahagian lapisan 3D. Proses ini diciptakan oleh Chuck Hill. Sedangkan Fried Vancraen, membuat model FDM non-komputer yang unik dan kemudian menjadi pemimpin perusahaan percetakan terkenal 3D printer.

2. Sudah banyak bahan yang dapat di cetak oleh 3D printer.
Seramik, kayu, titanium, termasuk emas. Anda boleh mencetak apa sahaja yang anda inginkan dengan menggunakan 3D printer ini.

3. 3D printer digunakan untuk membuat persenjataan yang kompleks.
3D printer dapat membuat senjata kecil yang sangat sulit untuk di deteksi oleh alat pengesan.

4. 3D printer akan mula mencetak objek berupa manusia.
Para ilmuan sudah tahu bagaiman untuk mencetak organ tubuh manusia, kulit dan tulang. Jadi dalam beberapa tahun lagi mereka akan dapat mencetak manusia.

5. Mencetak struktur mikro dan nano.
Printer 3D ini dapat membuat struktur sekecil dan sehalus rambut.

6. Teknologi ini sudah digunakan dalam industri perfileman.
3D printer membuat alat lebih mudah dan lebih cepat dari sebelumnya. Beberapa filem di mana anda boleh melihat benda-benda yang dicetak oleh 3D printer seperti dalam filem Iron Man, The Hobbit, Jurassic Park, Avatar dan banyak lagi.

7. Teknologi ini diterapkan untuk pendidikan.
Dengan 3D printer di pusat pendidikan, siswa dan siswi mampu menjadikan idea imaginasi mereka hingga menjadi nyata dan boleh disentuh. Dengan 3D printer ini juga mampu melahirkan siswa dan siswi yang boleh berjaya dengan hasil idea kreativiti mereka.

Tutorial Mencetak T-Shirt Silk Screen

Hi semua, kali ni saya nak share pula bagaimana untuk mencetak design anda di atas t-shirt.
Untuk tutorial pertama ini, saya akan terangkan pada anda bahan-bahan yang perlu untuk kerja mencetak t-shirt.

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah:

1. Dye - Rubber Dye atau TC Dye
2. Photo Emulsion
3. Blok Cetak
4. Kain Silk Screen
5. Squgee
6. Stepler Gun
7. Type Kertas
8. Table Glue
9. Hair Dryer
10. Pembaris L

Penerangan menggunakan bahan-bahan diatas;

1. Dye: Ada beberapa jenis Dye dalam mencetak T-shirt, tetapi saya hanya biasa menggunakan 2 jenis dye sahaja, iaitu Rubber TC Dye. Rubber dye adalah dye getah, ia digunakan pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour. TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya. 

2. Photo Emulsion: Ia digunakan semasa proses transfer gambar pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.

3. Blok Cetak: Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.

4. Kain Silk Screen: Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri daripada beberapa gred kehalusannya. Kebiasaanya ia dijual dalam RM20 hingga RM30 satu meter.

5. Squgee: Benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.

6. Stepler Gun: Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.

7. Type Kertas: Kegunaanya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.

8. Table Glue: Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.

9. Hair Dryer: Untuk mengeringkan dye.

10. Pembaris L: Untuk menentukan kelurusan blok.

Bahan-bahan ini boleh didapati di kedai-kedai dan pembekal alatan silk screen printing.

Seterusnya pula, anda memerlukan meja exspose dan meja cetak.

Meja exspose diperlukan untuk proses perpindahan image pada blok cetak dan meja cetak pula mempunyai pelbagai jenis meja, yang biasa digunakan adalah jenis Portable One Color Station ia tidak memerlukan ruang yang luas dan anda boleh melakukan proses percetakan dalam ruang yang paling minimum. 

Selamat Mencuba! 


3 Software Terbaik Untuk Design

Jika kita lihat pada zaman moden sekarang, teknologi yang sedia ada kini telah merancakkan lagi industri seni di dunia ini. Graphic Designer ialah seorang pereka grafik yang memerlukan kemahiran dan kreatif untuk membuat sesebuah design. Di bawah adalah antara software yang terbaik yang telah dicipta untuk memudahkan lagi Graphic Designer untuk menghasilkan kerja mereka.

1. Corel Draw 
Corel Draw adalah sebuah program komputer yang melakukan editing pada garis vektor. Program ini dibuat oleh Corel, sebuah perusahaan software yang berpusat di Ottawa, Kanada. Corel Draw memiliki kegunaan untuk mengolah gambar, oleh kerana itu banyak digunakan pada pekerjaan dalam bidang publikasi atau percetakan ataupun pekerjaan di bidang lain yang memerlukan proses visualisasi.


2. Adobe Illustrator


Adobe Illustrator juga diantara software yang sangat bagus dan sangat berkesan kepada Graphic Designer untuk membuat design mereka. Walaupun tools yang ada di Adobe Illustrator ini agak terlalu banyak dan akan merumitkan kerja bagi mereka yang baru ingin mencuba menggunakannya, tetapi hasilnya jika anda sudah mahir untuk menggunakannya ialah sangat memberangsangkan. Adobe Illustrator ini juga banyak digunakan oleh Graphic Designer yang sudah lama bergiat dalam industri grafik. 


3. Xara Designer 


Software grafik ini merupakan antara software yang paling sempurna ciri-cirirnya. Di dalam software ini, selain digunakan untuk design, photo editing, kita juga dapat membuat animation effect flash disini. Xara Designer juga terkenal dengan kecepatan dan kemudahan penggunaan dan antara yang tercanggih di dunia. Xara Foto dan Graphic Designer dan Designer Pro menawarkan cara yang benar-benar mudah untuk membuat animasi Flash benar-benar efisien. 





Wednesday 28 September 2016

DESIGN BLAST

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog ini!

Pertama sekali, saya sebagai admin kepada blog ini mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua kerana sudi singgah di blog ini.

Tanpa membuang masa anda semua untuk membaca post yang berjela-jela, saya akan terus direct kepada anda semua apa fungsi blog ini.

Ok, blog ini adalah untuk mempromosikan perniagaan saya iaitu printing service dibawah nama Design Blast Printing.

Di Design Blast Printing, kami menyediakan servis diantaranya seperti berikut :

- Designing Service
- Business Card
- Wedding Card
- Sticker
- T-shirt Printing
- Corporate Shirt
- Canvas Printing
- Sampul Raya

dan macam-macam lagi..

Jika anda berminat untuk membeli servis kami anda boleh menghubungi kami di :

dblastprint@gmail.com
017-2580827 (Naqib Noordin)
Facebook Pages - Design Blast
Instagram - Design Blast

Alamat kedai ;
No 113-G Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000, Kajang Selangor Darul Ehsan

TERIMA KASIH DAUN KELADI!