Sunday 2 October 2016

Tutorial Mencetak T-Shirt Silk Screen

Hi semua, kali ni saya nak share pula bagaimana untuk mencetak design anda di atas t-shirt.
Untuk tutorial pertama ini, saya akan terangkan pada anda bahan-bahan yang perlu untuk kerja mencetak t-shirt.

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah:

1. Dye - Rubber Dye atau TC Dye
2. Photo Emulsion
3. Blok Cetak
4. Kain Silk Screen
5. Squgee
6. Stepler Gun
7. Type Kertas
8. Table Glue
9. Hair Dryer
10. Pembaris L

Penerangan menggunakan bahan-bahan diatas;

1. Dye: Ada beberapa jenis Dye dalam mencetak T-shirt, tetapi saya hanya biasa menggunakan 2 jenis dye sahaja, iaitu Rubber TC Dye. Rubber dye adalah dye getah, ia digunakan pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour. TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya. 

2. Photo Emulsion: Ia digunakan semasa proses transfer gambar pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.

3. Blok Cetak: Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.

4. Kain Silk Screen: Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri daripada beberapa gred kehalusannya. Kebiasaanya ia dijual dalam RM20 hingga RM30 satu meter.

5. Squgee: Benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.

6. Stepler Gun: Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.

7. Type Kertas: Kegunaanya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.

8. Table Glue: Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.

9. Hair Dryer: Untuk mengeringkan dye.

10. Pembaris L: Untuk menentukan kelurusan blok.

Bahan-bahan ini boleh didapati di kedai-kedai dan pembekal alatan silk screen printing.

Seterusnya pula, anda memerlukan meja exspose dan meja cetak.

Meja exspose diperlukan untuk proses perpindahan image pada blok cetak dan meja cetak pula mempunyai pelbagai jenis meja, yang biasa digunakan adalah jenis Portable One Color Station ia tidak memerlukan ruang yang luas dan anda boleh melakukan proses percetakan dalam ruang yang paling minimum. 

Selamat Mencuba! 


No comments:

Post a Comment